Monday 5 September 2016

SEJARAH PENUBUHAN PPIM

Image result for sejarah penubuhan ppim

LENCANA PPIM

Image result for logo ppim

COGAN KATA PPIM

Image result for cogan kata ppim

SULUH KATA PPIM

Image result for suluh kata ppim

LAGU PPIM


Image result for lagu ppim

IKRAR PPIM

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN:
  • Taat kepada Allah, rasul , pemerintah, guru dan ibu bapa
  • Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
  • Membangunkan diri dengan sempurna
  • Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
  • Berkhimat untuk keluarga, masyarakat dan negara

OBJEKTIF PPIM (PERINGKAT SEKOLAH)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walau bagaimanapun, PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinngi, maka PPIM menggariskan objektif-objektif yang seuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:-

Objektif
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang 

  •  Taat kepada Allah, Raja dan Negara
  • Berilmu 
  • Berakhlak mulia
  • Berbakti kepada masyarakat
1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak,rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan diterima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

Sunday 4 September 2016

MATLAMAT PPIM

Menerusi penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut.

  • Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
  • Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri.
  • Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
  • Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
  • Menggalakkan iklim persekolahan  yang terbuka dan menyeronokkan.
  • Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

FALSAFAH PPIM

  • Sebuah pergerakan berpakaian seragam.
  • Bergerak di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di IPT, Maktab Perguruan, Sekolah Menengah dan Rendah.
  • Kokurikulum secara formal dan tidak formal.
  • Tujuan: membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan pontensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.
  • Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu bersedia memberi sumbangan terhadap keharmoian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

MISI PPIM


  • Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan.
  • Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
  • Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

VISI PPIM


Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut:


  • Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
  • Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
  • Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.