- Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
- Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri.
- Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
- Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
- Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
- Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
Sunday, 4 September 2016
MATLAMAT PPIM
Menerusi penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut.
FALSAFAH PPIM
- Sebuah pergerakan berpakaian seragam.
- Bergerak di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di IPT, Maktab Perguruan, Sekolah Menengah dan Rendah.
- Kokurikulum secara formal dan tidak formal.
- Tujuan: membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan pontensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.
- Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu bersedia memberi sumbangan terhadap keharmoian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
MISI PPIM
- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan.
- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
- Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
- Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
- Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)